Tarikh     :    22 September 2023

 Masa       :   9:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   8 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan Tangan robotik. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta tangan robotik menggunakan kertas, straw, benang, gunting dan soletip. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat tangan robotik.  

Gambar Disini.

 Tarikh     :   21 September 2023

 Masa       :   10:30 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengikuti kelas online Cakna Gaya Hidup - Pengurusan Kewangan Peribadi.

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengikuti kelas online yang dianjurkan MSD di PEDi Melawi. Peserta diberikan taklimat mengenai cara yang bijak dalam menguruskan kewangan dan juga beberapa tips dalam mendisiplinkan diri untuk berbelanja keperluan dan kehendak masing-masing untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Peserta juga diberi peluang bertanya dalam sesi soal jawab di akhir sesi kelas.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   19 September 2023

 Masa       :   10:30 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform FB Page untuk memasarkan produk.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun FB Page. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing dan juga beberapa copywritting yang sesuai untuk posting mereka pada media sosial. 

Gambar Disini.

 Tarikh     :   20 September 2023

 Masa       :   10:30 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengikuti kelas online PEDi yang bertajuk Agrotechnology (Smart Farming).

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengikuti kelas online yang dianjurkan MSD di PEDi Melawi. Peserta diberikan taklimat mengenai dunia agrotechnology dalam kehidupan semasa dan cara bijak memanfaatkan teknologi berkenaan bagi urusan harian. Peserta juga diberi peluang bertanya dalam sesi soal jawab di akhir sesi kelas online.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    15 September 2023

 Masa       :   4:00 PM - 6:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan straw roket. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta straw roket menggunakan kertas, straw, benang, gunting dan soletip. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat straw roket.  

Gambar Disini.