Tarikh     :    16 Mac 2024

 Masa       :   09:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   NaDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website wordwall. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di NaDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari permainan pendidikan atas talian dalam website wordwall iaitu sudoku dan kuiz online. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi tersebut dan diberikan tunjuk ajar dalam menyelesaikan kuiz yang diberi. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   14 Mac 2023

 Masa       :   10:00 AM - 11.00 AM      

 Lokasi     :   NaDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang permohonan e-prasekolah bagi sesi 2025/2026 secara online. 

Aktiviti

Peserta merupakan ibubapa pelajar sekolah yang hadir untuk mengisi permohonan prasekolah bagi sesi 2025/2026 secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem  seperti maklumat murid, ibu bapa, pendapatan dan maklumat sekolah yang dipohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk dihantar ke sekolah yang dipohon.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    6 Mac 2024

 Masa       :   10:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   NaDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari aplikasi Canva untuk menyiapkan kerja kursus sekolah.

Aktiviti

Peserta hadir ke NaDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan canva dan menggunakan capaian internet untuk tujuan mencari bahan pembelajaran dan kerja sekolah. Peserta juga diberi bimbingan dalam membuat carian yang cepat dan menggunakan aplikasi canva dengan betul. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk dihantar pada guru kelas.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    8 Mac 2024

 Masa       :   10:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   NaDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara melayari internet dan memuat turun gambar animasi. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di NaDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dan cepat untuk memuat turun gambar animasi dari laman sesawang. Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link dan menggunakan aplikasi yang sesuai dan selamat dari sebarang iklan berbayar.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    5 Mac 2024

 Masa       :   10:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   NaDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dalam bentuk Animasi 3D.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah yang berdaftar sebagai ahli di NaDi Melawi. Peserta hadir ke NaDi Melawi untuk mempelajari asas ICT dan mempelajari cara-cara membuat Animasi dalam bentuk 3D menggunakan microsoft office word. Peserta juga diberi bimbingan dalam melayari internet untuk mendapatkan contoh animasi yang berkaitan.

Gambar Disini.