Tarikh     :    21 Januari 2024

 Masa       :   04:00 PM - 05:30 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan Tangan robotik. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta tangan robotik menggunakan kertas, straw, benang, gunting dan soletip. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat tangan robotik.  

Gambar Disini.

 Tarikh     :    20 Januari 2024

 Masa       :   10:00 AM - 11:30 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM-IOT). 

Aktiviti

Peserta merupakan ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas di PEDi untuk mempelajari Permainan STEM Online (Dynamic Systems). Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube dan juga pendedahan pembelajaran STEM Online yang menguji minda dari segi kecekapan matematik, sains dan teknologi.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    16 Januari 2024

 Masa       :   03:00 PM - 04.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas microsoft word dan menyiapkan kerja kursus sekolah.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan memerlukan bahan carian maklumat secara online. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word untuk tujuan belajar menaip dan menyiapkan kerja kursus sekolah. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

 Tarikh      :   17 Januari 2024

 Masa       :   04.00 PM - 05.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee seller. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat seperti nombor akaun bank ke dalam talian secara mudah dan selamat.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    15 Januari 2024

 Masa       :   3:00 PM - 4:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat pendaftaran akaun baru & permohonan jawatan dalam laman web SPA. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk melayari internet dan membuat pendaftaran akaun baru bagi permohonan jawatan dalam SPA. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dalam memilih jawatan berdasarkan kelayakan akademik peserta. 

Gambar Disini.