Tarikh     :    3 Januari 2024

 Masa       :   10:00 AM - 11:30 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara memuat turun video dari youtube. 

Aktiviti

Peserta merupakan ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dan cepat untuk memuat turun video dari youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link dan menggunakan aplikasi yang sesuai dan selamat dari sebarang iklan berbayar.

Gambar Disini.

Tarikh       :   1 Januari 2024

 Masa       :   3:00 PM - 5:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mahir dalam penggunaan microsoft office word dan menyiapkan tugasan pembelajaran.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah yang hadir untuk menyiapkan tugasan kerja kursus sekolah. Peserta di ajar untuk menggunakan aplikasi microsoft office terutama microsoft office word dan powerpoint, dengan cara yang betul dan pantas untuk menyiapkan kerja kursus serta sebagai nota rujukan untuk ulangkaji peperiksaan akan datang. Peserta juga membuat carian maklumat dan mencetak bahan- bahan pembelajaran di PEDi Melawi sebagai bahan rujukan pembelajaran. 

Gambar Disini.

 Tarikh     :    23 Disember 2023

 Masa       :   2.30 PM - 4.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang zakat secara online di dalam sistem e-agihan MAIK. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan bantuan zakat dalam laman rasmi e-agihan MAIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti semakan kelayakan, maklumat pendapatan dan juga maklumat tanggungan pemohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan untuk tujuan penghantaran pada MAIK.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    24 Disember 2023

 Masa       :   10:30 AM - 12:30 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menggunakan microsoft word dan melayari internet bagi membuat carian maklumat bagi kerja kursus.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk menyiapkan kerja kursus sains dengan menggunakan perisian microsoft word dan carian dalam melayari sesawang media digital. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google chrome, youtube dan di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan yang harus dititikberatkan dalam melayari internet.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    23 Disember 2023

 Masa       :   10:00 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat permohonan pengambilan Tentera secara atas talian. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan jawatan sebagai Perajurit muda udara di dalam web rasmi kerjaya dan pengambilan tentera udara malaysia. Peserta mengisi borang pengambilan secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dan juga mencetak borang yang di isi untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.