Nama : Mohamad Bin Awang   

Umur : 66 tahun

Ahli    : 2019

 

Latar belakang

Mohamad Bin Awang berumur 66 tahun dan tinggal di Kampung Sungai Dua, Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pengusaha resort yang diberi nama Sri Perkasa Chalet yang terletak bersebelahan dengan kediaman beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula pada tahun 2010, awal perniagaan beliau tidak begitu memberansangkan kerana kurang sambutan dari orang ramai. Selain itu juga, orang luar tidak mengetahui tentang kewujudan chalet beliau kerana tiada sumber maklumat untuk di cari oleh ramai .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di pusat internet melawi, beliau banyak mempelajari cara mempromosikan chalet beliau di atas talian. Beliau membuat facebook page dan memasukkan semua aktiviti yang di adakan di chalet beliau. Selepas itu orang yang mengikuti facebook page beliau juga boleh melihat keindahan suasana persekitaran chalet yang cantik. Dan ini menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan bandar tertarik untuk datang bercuti di chalet beliau. Pendapatan beliau juga semakin bertambah terutama pada musim cuti sekolah. 

 

      pantai perkasa