Nama : Mohd Adam Syahmi Bin Abdullah   

Umur : 9 tahun

Ahli    : 2020

 

Latar belakang

Mohd Adam Syahmi Bin Abdullah yang berumur 9 tahun merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Badak Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar yang tidak mehir dengan peralatan komputer. Tetapi dengan semngat yang kuat dan azam yang tinggi kini beliau mahir menggunakan peralatan komputer. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini Mohd Adam Syahmi merupakan seorang yang tidak mahir dalam bidang ICT, dan beliau juga tidak pandai menggunakan peralatan ICT seperti Mouse, Keyboard dan juga perisian dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari pentingnya ICT dalam kehidupan, Ibubapa beliau telah datang ke Pusat Internet Melawi untuk mendaftarkan beliau sebagai seorang ahli di Pusat Internet. Melalui kelas asas komputer yang di bimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Melawi, kini beliau sudah mahir dalam menggunakan peralatan ICT. Beliau kini sudah pandai berdikari dengan sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan komputer.

 

            IMG 2367