Usahawan Online (Barangan Kesihatan)

Nama : Nur Zawana Yasirah Yaacob
Umur : 23 tahun                                 
Ahli    : 2016                                        

 

Latar belakang

Nur Zawana Yasirah Yaacob berumur 23 tahun menetap di Kg Cbg 3 Melawi 16310 Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang usahawan online dan menjual pelbagai jenis barang secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan, beliau hanya mempamerkan semua jenis barang dikedai beliau sahaja. Hanya orang ramai yang melalui hadapan kedai akan melihat barang yang beliau jual. Selain itu juga, orang ramai masih belum mengetahui perniagaan beliau.disebabkan kurangnya promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di Pusat Internet Melawi beliau telah banyak bertanya pengurus dan penolong pengurus mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan PI Melawi telah memberi cadangan kepada beliau supaya mempromosikan perniagaan tersebut melalui facebook pages dan juga Instagram.Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

       zawana yaacob