Usahawan Kedai Makan (Mee Celup)

Nama : Nur Amirah Binti Mohd Rapani
Umur : 27 tahun                                     
Ahli    : 2010                                            

 

Latar belakang

Nur Amirah Binti Mohd Rapani berasal dari kampung Cabang 4 Melawi Repek Bachok Kelantan. Beliau berumur 27 tahun dan merupakan seorang ibu kepada dua cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan menjual mee celup pada pertengahan tahun 2017.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada awal perniagaan, beliau menjalankan perniagaan secara kecil – kecilan sahaja. Pada masa itu, beliau kurang mahir dalam bidang ICT untuk promosi perniagaan tersebut secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti beberapa kelas yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Melawi, beliau kini sudah boleh memanfaatkan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Komuniti Melawi dan mempelajari mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut . Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Pada masa ini, beliau telah menambah beberapa menu baru pada kedai seperti Nasi Sup Tulang, Laksa penang, Cincau Karamel dan lain – lain lagi.

       Q4 Nur Amirah