Nama : Nur Alia Safiyah Bt Mohd Shahirul Safizal    
Umur : 14 tahun                                            
Ahli    : 2019                                                  

Latar belakang

Nur Alia Safiyah Bt Mohd Shahirul Safizal berumur 14 tahun berasal di Kg Repek, Melawi Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan dua daripada Sekolah Agama Tok Bachok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau masuk belajar kelas ICT di PIK Melawi, beliau tidak pandai menggunakan peralatan ICT yang ada. Beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer dan juga aplikasi di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau mendaftar sebagai ahli pusat internet komuniti, beliau banyak meluangkan masa di PIK Melawi terutamanya sepanjang tempoh PKPB yang mana beliau terpaksa belajar dari rumah, beliau akan datang setiap hari untuk mengikuti kelas online dan seterusnya menyiapkan tugasan kerja sekolah. Pada masa sekarang beliau telah mahir menggunakan peralatan komputer.

    nur alia safiyah