Nama   Nor Atikah Binti Abdul Aziz 
Umur   30 Tahun
Ahli   2019

 

 

Latar belakang

Nor Atikah Bt Abdul Aziz berumur 30 tahun menetap di Kampung Pantai Melawi,16310, Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang peniaga produk kesihatan berupa minuman supplement Coffee Daura.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan, beliau hanya menjual produk daura ini hanya kepada kawan – kawan terdekat dan di sekitar kawasan kejiranan di kampung sahaja. Pendapatan pada masa itu pun tidak menentu. Selain itu juga, orang ramai tidak mengetahui perniagaan beliau.disebabkan kurangnya promosi. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di Pusat Internet Melawi beliau telah banyak bertanya pengurus dan penolong pengurus mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan PI Melawi telah memberi cadangan kepada beliau supaya mempromosi perniagaan tersebut melalui facebook pages.

Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Pada masa ini, beliau sangat sibuk menguruskan proses pengeposan produk Daura ini kerana terdapat juga pelanggan yang tinggal di luar negeri yang berminat dengan produk beliau.

 

NORATIKAH

 

Nama : Norlita Binti Jusoh

Umur : 39 tahun

Ahli : 2020

 

Latar belakang 

Norlita Jusoh yang berasal di Kg pantai chap 16300 bachok kelantan. Berumur 36 tahun beliau memulakan perniagaan menjual nasi kukus pada awal tahun 2019.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Pada awal perniagaan, beliau menjalankan perniagaan secara kecil – kecilan sahaja dengan menjual nasi kukus sahaja. Pada masa itu juga pelanggan hanyalah jiran tetangga sahaja yang datang membeli. Dan pendapatan hanya sederhana sahaja.dan pada masa itu juga beliau kurang mahir dalam bidang ICT, dan beliau tidak tahu bagaimana cara untuk promosi perniagaan tersebut.

 

 Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah 6 bulan menjalankan perniagaan beliu melihat sambuatan masyarakat yang datang berkunjung di kedainya masih kurang. Dan beliau ada bertanya pendapat staff pusat internet melawi bagaimana untuk mempromosi perniagaan ini.pihak pusat internet melawi menyarankan kepada beliau untuk membuat facebook pages untuk mempromosi perniagaan nasi kukus beliau. Setelah menyedari pentingnya ICT dalam perniagaan beliau telah mengikuti kelas asas computer yang di bimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet melawi, banyak yang beliau dapat pelajari setelah mengikuti kelas tersebut , terutamanya dalam bidang pemasaran dan promosi produk.. pada masa ini perniagaan beliau telah bertambah maju dan Berjaya.

 

NORLITA

Nama :Noridayu Ali
Umur : 35 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Noridayu ali yang berumur 35 tahun , tinggal di No 98, Kg cbg 3  melawi 16310 bachok Kelantan, merupakan seorang pengusaha Produk Nufiya. Beliau telah menjalankan perniagaan ini semenjak 2 tahun yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Melawi

Pada awal perniagaan, beliau hanya menjual produk nufiya ini hanya kepada kawan – kawan terdekat dan di sekitar kawasan kg sahaja. Pendapatan pada masa itu pun tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Melawi

Setelah mendaftar ahli di PI Melawi  Beliau telah diajar untuk membuat facebook pages dengan tujuan untuk promosi produk atas talian, beliau dapat melebarkan promosi kepada orang ramai di seluruh malaysia. Dan seterusnya mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai di seluruh Malaysia, pada masa ini beliau sangat sibuk menguruskan proses pengeposan produk Nufiya ini kerana banyak pelanggan yang tinggal di luar negeri yang membeli.

 

   NORIDAYU ALI

 

     

Nama : Ismarni Bt Ismail
Umur : 40 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Ismarni Bt Ismail berumur 40 tahun menetap di No 8 Kedai Kg Tangok Jln Jelawat,16300, Bachok Kelantan.Beliau menjalankan Perniagaan menjual baju dan menerima tempahan pelbagai jenis jahitan baju.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Melawi

Pada awal perniagaan ini,beliau hanya bermula di rumah sahaja dengan mengambil upah menjahit pakaian. Pelanggan juga hanya orang kampung yang tinggal berdekatan rumah beliau dan pendapatan tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Melawi

Selepas belajar di pusat internet melawi mengenai kaedah promosi atas talian dengan membuat facebook pages,dan instagram semakin ramai orang mengetahui perniagaan beliau dan sekarang beliau telah menyewa sebuah bangunan kedai berdekatan rumah beliau untuk menyimpan stok – stok baju yang telah siap dijahit oleh beliau. Pada masa kini pendapatan beliau telah meningkat dan bertambah maju.

 

     ISMARNI ISMAIL

Nama : Mohd Ayyub Hakimi B Azuan Faizal
Umur : 8 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Mohd Ayyub Hakimi B Azuan Faizal berumur 8 tahun berasal di Kg Cbg 3 Melawi Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar darjah 2 di Sk Badak Bachok Kelantan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Melawi

Sebelum beliau masuk belajar kelas ICT di PI Melawi, beliau tidak pandai menggunakan peralatan ICT yang ada. Beliau tidak tahu menggunakan Komputer dan untuk membuat kerja sekolah beliau terpaksa meminta bantuan daripada staff PI Melawi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Melawi

Selepas beliau mendaftar sebagai ahli pusat internet, beliau banyak meluangkan masa di PI Melawi terutamanya selepas  habis waktu persekolahan . selalunya beliau akan menggunakan 1 jam sehari untuk belajar ICT di PI Melawi. Dan pada masa sekarang beliau telah mahir menggunakan peralatan komputer.

 

                                  MOHD AYYUB