Kedudukan Bachok

Kedudukan Bachok - Bandar Pelancongan Islam berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Oleh kerana ianya terletak di kawasan pinggir pantai maka boleh dikatakan sebahagian besar kawasannya mempunyai permukaan bumi yang rendah dan rata dengan komposisi tanah jenis beris dan tanah liat.

Kawasan tanah rendah yang ditenggelami air terletak di daerah-daerah Repek dan Gunong. Tanah di kawasan ini dari jenis tanah masam kelat. Sungai Kemasin merupakan sungai utama dan cawangannya merintangi seluruh kawasan Majlis. Kawasan tanah tinggi adalah tanah bukit iaitu di Bukit Gunong.

Penduduk

Mengikut perangkaan tahun 2007, jumlah penduduk bagi kawasan Majlis Daerah Bachok ialah seramai 131, 753 orang.

Jadual 1: Keluasan Jajahan dan Daerah-daerah Bachok - Bandar Pelancongan Islam

Bil

Daerah

Keluasan (km2)

1.

Perupok

17

2.

Gunong

57

3.

Tanjong Pauh

16

4.

Mahligai

19

5.

 Melawi

41

6.

Tawang

40

7.

Telong

64

8.

Bekelam

24

Jumlah

279

Sumber : Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan, 2006

 

 

Manakala jumlah penduduk di Jajahan (Daerah) Bachok - Bandar Pelancongan Islam pada tahun 2005 adalah seramai 126,796 orang, yang mana merupakan 8.42 peratus daripada jumlah penduduk negeri Kelantan. Dari jumlah itu, seramai 63,708 orang (50.24%) terdiri daripada lelaki dan 63,088 orang adalah perempuan. Agihan penduduk mengikut daerah adalah seperti Jadual 2 yang ditunjukkan dibawah 

Jadual 2: Jumlah dan Peratusan Penduduk Mengikut Daerah

Bil

Daerah

Bil. Penduduk

Peratus (%)

1

 Perupok

18,856

14.87

2

 Gunong

23,349

18.42

3

 Tanjong Pauh

10,020

7.92

4

 Mahligai

10,417

8.21

5

 Melawi

16,732

13.19

6

 Tawang

27,019

21.32

7

 Telong

10,141

7.99

8

 Bekelam

10,262

8.08

Jumlah

126,796

100

Sumber : Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan, 2005