pedi1

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melawi Bachok, Kelantan mengucapkan 

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat portal komuniti kami.

PEDi merupakan sebuah program yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) dengan kerjasamaTM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 911 PEDi telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kehidupan seharian komuniti setempat.

 

 

        pedi4 pedi2 pedi3

• Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk:


i. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
ii. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
iii. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
iv. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.


• Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan.

Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:

i. Latihan ICT
ii. Latihan keusahawanan
iii. Latihan multimedia
iv. E-pembelajaran
v. Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro.
vi. Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.