Majlis santai persatuan dan belia melawi bersama pemimpin tempatan berlansung di perkarangan pejabat persatuan di Melawi. dihadiri oleh Dato' Ilyas bin hj Hussain. Majlis tersebut berlangsung pada jam 9.30 mlm sehingga 12 tgh mlm. Seramai 100 orang belia yang hadirkan diri pada majlis tersebut. Dalam majlis tersebut Dato' Ilyas mengamanatkan beberapa perkara kepada wakil belia untuk melibatkan diri dalam bidang keusahwanan dan kemahiran dalam meningkatkan taraf hidup masing-masing. Beliau juga menyeru para belia supaya terhindar daripada terjebak dalam masalah sosial yang sedang meruncing di kalangan belia bachok sekarang ini.

Dalam majlis tersebut juga, Belia di hidangkan dengan menu ringan seperti colek malah, colek kerang, keropok goreng, colek ikan bakar, colek buah, colek popiah, bee hoon goreng dan buah tembikai serta 2 jenis air minuman.

Majlis Berakhir pada jam 12.00tgh mlm dengan penyampaian sedikit cenderahati oleh wakil belia kepada Dato' Ilyas hj Hussain.

 

 

 

 

Assalamualaikum…wbt....

Norlim Bin Mohd Nor, 881001-03-5495 berumur  (27tahun) tinggal di kg desa permai 16310 bachok kelantan.Beliau merupakan seorang usahawan yang menjalankan perusahaan minyak masak terpakai.

Beliau  sentiasa datang ke PI1M untuk   mencari maklumat, dan menimba ilmu ICT untuk memperluaskan lagi pengusahaan pungutan minyak masak tersebut. Selalunya setiap 1kg minyak masak terpakai akan dibayar 0.50 sen oleh beliau. Dan minyak masak tersebut akan di himpunkan terlebih dahulu dan seterusnya akan di hantar ke kuala Lumpur untuk diproses untuk membuat bio disel.

  Setelah menjadi ahli pi1m banyak maklumat yang diperolehi oleh beliau untuk meneruskan lagi perniagaan minyak masak terpakai ini.beliau dapat mencari pelanggan dengan menggunakan media massa sahaja seperti facebook,wassap, dan juga email.

  Beliau juga telah diterangkan dengan lebih jelas berkaitan penggunaan facebook, flayers bagi tujuan promosi. Dan kempen kesedaran mengenai pencemaran alam sekitar disebabkan pembuangan sisa minyak masak secara tidak terkawal.