44867686 1921724024608505 8710904291512025088 n

 

Alhamdulillah, dengan izin Allah pada 25/10/2018, Wanita IkRAM Kawasan Bachok dengan kerjasama Rumah Ngaji & ALA Beach Lodge telah berjaya meneruskan kelas ngaji. Kelas dimulakan dengan tazkirah/tadabbur ayat 36 Surah An-Nahl:

Kredit : Ustazah Tempawan @ ALA Beach Lodge

Anjuran: Wanita IKRAM Negeri Kelantan


Aturcara program:
8.30 Pendaftaran
8.45 Bacaan Al-Quran
9.00 Mutiara An-Nur Bah. 1:Ustazah Maznah
10.00 Persegaran
10.30 Mutiara An-Nur Bah.2: Ustazah Maznah
11.30 Sesi soal jawab
12.30 Bersurai

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada wanita dalam menjalani hidup seharian. 

 

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Wanita Hari Ini….

Bercakap tentang wanita di bumi Melawi, Bachok Kelantan ini adalah sinonim dengan wanita usahawan penggerak bangsa di Kelantan. Yang mana peratus tertinggi Usahawan/peniaga  wanita adalah di Kelantan berbanding negeri luar. Begitulah juga di Melawi ini yang mana Usahawan / peniaga wanita lebih popular berbanding lelaki. Jadi, tidak hairanlah wanita di Kelantan adalah sebahagian yng terkaya di Kelantan seperti yang di perkatakan di metro pada 2014 yang lalu.

Antara penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan/perniagaan adalah dalam bidang pembuatan(makanan,kek/kueh/frozen/produk laut/pakaian), perkhidmatan (kelas tusyen/kelas ict/pelancongan/), manakala wanita yang berkecimpung dengan pertanian juga banyak disini (pengusaha tanaman tembikai, sayur-sayuran), tak ketinggalan juga dengan menternak ternakan sperti ayam, itik, dan kambing untuk di bekalkan ke kedai-kedai makan dan restoran yang berdekatan di sini serta macam-macam lagi wanita disini telah menceburkan diri yang pada asalnya adalah untuk menampung hidup dan juga untuk komersial..

InshaaAllah saya akan kupaskan sedikit demi sedikit tentang wanita di sini.