Abstrak: Pada masa kini pelancongan merupakan penggerak utama ekonomi sesebuah negara. Pelancongan memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah negeri. Negeri Kelantan merupakan salah satu sebuah negeri yang terkenal dengan kawasan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi, budaya dan warisan masyarakat. Kawasan yang mempunyai tarikan semulajadi yang boleh dibangunkan sebagai kawasan pelancongan di negeri Kelantan adalah Pantai Melawi. Pantai Melawi mempunyai pelbagai tarikan dan keunikan yang boleh dijadikan tarikan kepada pengunjung. Namun begitu, keunikan dan tarikan ini tidak dapat menonjolkan identiti Pantai Melawi sebagai destinasi pelancongan pantai ekoran daripada masalah-masalah yang mengganggu dalam membangunkan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan pantai. Kekurangan penawaran aktiviti fizikal telah menyebabkan kawasan ini tidak menjadi tumpuan utama oleh pengunjung. Selain itu antara masalah lain yang dapat dikenalpasti adalah tahap keupayaan tampungan kemudahan di kawasan kajian telah menyebabkan kawasan tersebut tidak menarik dan tidak dapat memberi keselesaan kepada pengguna. Akibat daripada faktor tersebut telah menyebabkan pengunjung memberi persepsi negatif terhadap kawasan tersebut. Perancangan terhadap kawasan pelancongan ini memerlukan langkah yang lebih teliti dengan menitikberatkan kemudahan awam dan asas. Namun begitu kekurangan kemudahan awam dan sirkulasi yang tidak diselenggarakan dengan baik turut menimbulkan ketidakselesaan di kalangan mereka. Penyediaan kemudahan yang tidak memenuhi keperluan dan kehendak pengunjung serba sedikit menjadikan tahap promosi kawasan pelancongan tersebut menurun. Oleh yang demikian tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menjadikan Pantai Melawi sebagai sebuah destinasi pelancongan pantai yang menarik dan menjadi tempat tumpuan pengunjung. Hasil daripada masalah fizikal yang wujud beberapa penemuan turut dikenalpasti di mana Pantai Melawi tidak mempunyai imej dan identiti yang jelas untuk menarik pengunjung berkunjung ke Pantai Melawi. Selain itu, permintaan yang tinggi terhadap bentuk aktiviti yang berasaskan pantai adalah antara potensi yang mampu menjadikan Pantai Melawi sebagai destinasi pelancongan pantai. Di samping itu ditambah lagi dengan fungsi kawasan pantai tersebut sebagai tempat beriadah di kalangan penduduk tempatan. Oleh yang demikian, aspek yang penting bagi penyelesaian isu dan masalah yang wujud adalah dengan mengemukakan cadangan dengan mengambilkira pelbagai aspek dalam menjadikan Pantai Melawi sebagai destinasi pelancongan pantai yang menarik dan menjadi tumpuan di kalangan pengunjung tempatan dan luar negara. Cadangan yang akan dikemukakan hendaklah sesuai dengan keadaan semasa. Di samping membuat penyelesaian bagi setiap masalah yang telah dikenalpasti, elemen-elemen baru turut dicadangkan dengan menitikberatkan aspek pembangunan dan pembaikan kawasan pelancongan tersebut. Antara lain cadangan dikemukakan adalah dengan mewujudkan imej dan identiti di kawasan kajian serta menambah keperluan kemudahan di kawasan tersebut. Pembentukan cadangan ini dibuat disebabkan oleh kerana kawasan Pantai Melawi berpotensi menjadi destinasi pelancongan pantai.

 

Raja Omar, Tengku Noramira (2012) Pantai Melawi sebagai destinasi pelancongan pantai, di Bachok, Kelantan / Tengku Noramira Raja Omar. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

Sumber: Institutional Repository, UiTM

 

 

Menarik Di Bachok

Ingin manjakan diri dengan panorama pantai yang indah dan romantik?

Jom Kita ke Sudara Beach Resort...

Sudara Beach Resort merupakan salah satu lagi resort pilihan yang boleh didapati di Kelantan. Ia terletak di tengah-tengah antara Bachok dan Tok Bali, Pasir Puteh. Jarak resort ini dengan pusat bandar Kota Bharu adalah lebih kurang 30 km.

Kelebihan utama menginap di sini adalah anda akan disajikan dengan pesisir pantai yang bersih dan cantik. Suasana damai di waktu petang dengan pantai yang landai dan bersih dapat menggamit kenangan percutian anda.

Faktor lain yang menaikkan nama resort ini adalah dengan adanya kolam renang yang agak luas. Sangat sesuai jika membawa anak-anak bercuti di resort ini.

Jadi tunggu apa lagi.. Jom la ramai2 tempah penginapan di sini...

Sudara Beach Resort
En. Zurin | 010-540 0076
Lot 128 Mukim Telong, Jalan Tok Bali,, 16300 Kampong Cham Tangga, Bachok, Kelantan

Web Rasmi : www.sudarabeachresort.com.my

Sumber Rujukan :
http://www.cutikelantan.com/accomodati…/sudara-beach-resort/

Pelancongan

 

 

              Kawasan Melawi adalah salah satu kawasan pelancongan di daerah bachok. Yang mana pantai-pantainya menarik perhatian pelancong-pelancong dalam dan luar negara. Pantai melawi menjadi tumpuan kepada pemancing-pemancing lautan yang mana akan hadir untuk menyewa bot untuk ke tengah laut memancing sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam dari pantai melawi. Pantai melawi juga merupakan pantai " orang kampung" yang mana setiap petang orang kampung akan berada di persisir pantai sambil melakukan aktiviti sendiri dan menunggu nelayan-nelayan tiba dari laut.