Menarik Di Bachok

Ingin manjakan diri dengan panorama pantai yang indah dan romantik?

Jom Kita ke Sudara Beach Resort...

Sudara Beach Resort merupakan salah satu lagi resort pilihan yang boleh didapati di Kelantan. Ia terletak di tengah-tengah antara Bachok dan Tok Bali, Pasir Puteh. Jarak resort ini dengan pusat bandar Kota Bharu adalah lebih kurang 30 km.

Kelebihan utama menginap di sini adalah anda akan disajikan dengan pesisir pantai yang bersih dan cantik. Suasana damai di waktu petang dengan pantai yang landai dan bersih dapat menggamit kenangan percutian anda.

Faktor lain yang menaikkan nama resort ini adalah dengan adanya kolam renang yang agak luas. Sangat sesuai jika membawa anak-anak bercuti di resort ini.

Jadi tunggu apa lagi.. Jom la ramai2 tempah penginapan di sini...

Sudara Beach Resort
En. Zurin | 010-540 0076
Lot 128 Mukim Telong, Jalan Tok Bali,, 16300 Kampong Cham Tangga, Bachok, Kelantan

Web Rasmi : www.sudarabeachresort.com.my

Sumber Rujukan :
http://www.cutikelantan.com/accomodati…/sudara-beach-resort/

Pelancongan

 

 

              Kawasan Melawi adalah salah satu kawasan pelancongan di daerah bachok. Yang mana pantai-pantainya menarik perhatian pelancong-pelancong dalam dan luar negara. Pantai melawi menjadi tumpuan kepada pemancing-pemancing lautan yang mana akan hadir untuk menyewa bot untuk ke tengah laut memancing sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam dari pantai melawi. Pantai melawi juga merupakan pantai " orang kampung" yang mana setiap petang orang kampung akan berada di persisir pantai sambil melakukan aktiviti sendiri dan menunggu nelayan-nelayan tiba dari laut.