Kesihatan:

Pejabat Kesihatan Daerah Bachok telah dapat memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Jajahan ini melalui perkhidmatan Klinik Kesihatan Luar Bandar dan Klinik Desa. Jumlah klinik adalah seperti berikut:

Klinik Kesihatan Luar Bandar     6 buah 
Klinik Desa   22 buah

 

Oleh kerana Hospital Daerah belum lagi ada di Jajahan ini, maka bagi kes-kes serius, penduduk di sini terpaksa dirujuk ke Hospital Kota Bharu dan juga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Kesihatan Daerah di sini telah mencadangkan supaya sebuah Hospital Daerah diadakan di sini dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan perkhidmatan kesihatan melalui klinik swasta di mana terdapat sebanyak 9 buah klinik swasta di Jajahan ini.

Projek Kesihatan Dalam Pelaksanaan ialah:

  • Pembaikian kemudahan X-Ray di Klinik Kesihatan Bachok
  • Pembaikian Klinik Desa Rekang, Melawi dan Pauh Lima
  • Pembaikian Blok Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak di Klinik Kesihatan Gunong

 

Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekeliling

Tandas Curah – Pembinaannya dijalankan secara pakej melalui tender Jabatan RM317.00 sebuah tandas yang lengkap. Sehingga akhir bulan September 1998, telah mencapai liputan 100% pembinaan tandas di seluruh Jajahan ini.

Bekalan Air Masyarakat – Liputan bekalan air selamat adalah masih rendah. Jadual di bawah adalah liputan terkumpul bekalan air bagi Jajahan ini sehingga bulan September 1998:

Bekalan air Jabatan Kesihatan  3,109 buah rumah (15.65%) 
Bekalan air KWSB 6,670 buah rumah (33.58%)
Bekalan air tak terkawal  10,083 buah rumah (50.76%)
  1.                              

Bekalan air bersih di Jajahan Bachok menghadapi masalah-masalah yang tersendiri sebagaimana berikut:

  1. 1) Bekalan air bersih Kementerian Kesihatan

 

  • Air tidak dirawat
  • Air mengandungi kandungan besi yang tinggi
  • Air berminyak dan berbau kerana PH yang rendah (masam kelat)

 

  1. 2) Bekalan Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB)

 

  • Bekalan air tidak mencukupi
  • Tekanan air yang rendah dan sering terputus bekalan
  • Kualiti bekalan juga tidak mencapai standard (piawaian) yang ditetapkan
  • Tiadanya penyambungan baru sedangkan permintaan sentiasa bertambah

 

Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Tanah & Jajahan Bachok

tangankakidan mulut

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul;
  6. dan membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

KLINIK KESIHATAN DAERAH BACHOK

Bil.

Nama Klinik

Alamat

Daerah/ Bahagian

Telefon

Fax

1

Klinik Kesihatan Bachok

16300 Bachok

Bachok

09-7789333

 097788680

2

Klinik Kesihatan Balai

16300 Bachok

Bachok

09-7767206

 

3

Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar

Kubor Besar 16050 Bachok

Bachok

09-7788633

 

4

Klinik Kesihatan Beris Panchor

16020 Bachok

Bachok

09-7767358

 

5

Klinik Kesihatan Gunong

16090 Bachok

Bachok

09-7834333 /7831035

 

6

Klinik Kesihatan Mahligai

16400 Bachok

Bachok

7834213

 

KLINIK KESIHATAN DAN DESA DI KG MELAWI

Klinik Kesihatan Bachok,

Lot 439, bachok 16300, bachok kelantan.

09-7789333

 

Klinik Desa Melawi

Lot 2809, Kg Melawi, 16310 Bachok , Kelantan

09-7780680