Nama : Nur Alia Qaisara Binti Mohd Zulkifli

Umur : 10 tahun

Ahli    : 2023

Latar belakang

Nur Alia Qaisara Binti Mohd Zulkifli yang berumur 10 tahun merupakan seorang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Badak, Bachok, Kelantan. Pada masa lapang, beliau banyak meluangkan masa bersama adik beradiknya dan rakan-rakannya untuk bermain. Namun selepas beliau mengetahui kewujudan PEDi Melawi, beliau telah mendaftar sebagai ahli dan sering mengunjungi PEDi untuk menyertai kelas dan latihan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Nur Alia Qaisara Binti Mohd Zulkifli tidak biasa menggunakan peralatan komputer seperti Mouse, Keyboard dan juga perisian dalam komputer. Beliau juga kurang mahir dalam pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali PEDi, beliau yang kemudiannya mendaftar sebagai ahli PEDi telah terlibat dengan kelas dan latihan ICT yang dijalankan di PEDi. Banyak perkara baru yang dipelajari beliau dan kini adik Nur Alia Qaisara sudah mahir menggunakan peralatan komputer. Beliau juga mampu mempelajari perisian dalam komputer dan melayari internet dengan berhemah tanpa tunjuk ajar dari pengurus dan penolong pengurus PEDi. 

      CELIK IT 1 2023