Nama : Siti Hajar Nafisya Binti Mohd Azlan

Umur : 10 tahun

Ahli    : 2023

Latar belakang

Siti Hajar Nafisya Binti Mohd Azlan yang berumur 10 tahun merupakan seorang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Badak, Bachok, Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar yang tidak mahir dengan peralatan komputer. Tetapi dengan semangat yang kuat dan azam yang tinggi kini beliau mahir menggunakan peralatan komputer. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Siti Hajar Nafisya Binti Mohd Azlan merupakan seorang yang tidak biasa menggunakan peralatan komputer seperti Mouse, Keyboard dan juga perisian dalam komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari pentingnya ICT dalam kehidupan, Ibubapa beliau telah datang ke PEDi Melawi untuk mendaftarkan beliau sebagai seorang ahli di PEDi Melawi. Melalui kelas asas komputer yang di bimbing oleh pengurus dan penolong pengurus PEDi Melawi, kini beliau sudah mahir dalam menggunakan peralatan ICT. Beliau kini sudah pandai berdikari dengan sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan komputer dan mahir dalam menggunakan platform google meet untuk menyertai kelas tuisyen Digital Learning di PEDi.

       CELIK IT 2 2023