USAHAWAN KECIL- MENJAHIT PAKAIAN

Nama : Nor Syamimi bt Sabri
Umur : 25 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Nor Syamimi Binti Sabri 25 Tahun ( 930417-03-5876) yang berasal di Kg Changgong  Bachok Kelantan. Beliau memulakan perniagaan dalam bidang menjahit pakaian pada awal tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada awal perniagaan beliau menjalankan aktiviti menjahit pakaian hanya dirumah sahaja. Pada masa itu juga pelanggan yang datang menjahit juga merupakan penduduk di kawasan tersebut. Dan pendapatan hanya serdahana sahaja.pada masa ini juga beliau kurang mahir dalam bidang ICT, dan beliau tidak tahu bagaimana cara untuk promosi perniagaan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menyedari pentingnya ICT dalam perniagaan beliau telah mengikuti   kelas asas computer yang di bimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet 1malaysia melawi, banyak yang beliau dapat pelajari setelah mengikuti kelas di pusat internet 1malaysia melawi , terutamanya dalam bidang pemasaran dan promosi produk.perniagaan beliau telah bertambah maju dan sekarang beliau telah menyewa bangunan dan mempunyai pekerja seramai 2 orang.