Nama   Nor Atikah Binti Abdul Aziz 
Umur   30 Tahun
Ahli   2019

 

 

Latar belakang

Nor Atikah Bt Abdul Aziz berumur 30 tahun menetap di Kampung Pantai Melawi,16310, Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang peniaga produk kesihatan berupa minuman supplement Coffee Daura.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan, beliau hanya menjual produk daura ini hanya kepada kawan – kawan terdekat dan di sekitar kawasan kejiranan di kampung sahaja. Pendapatan pada masa itu pun tidak menentu. Selain itu juga, orang ramai tidak mengetahui perniagaan beliau.disebabkan kurangnya promosi. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di Pusat Internet Melawi beliau telah banyak bertanya pengurus dan penolong pengurus mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan PI Melawi telah memberi cadangan kepada beliau supaya mempromosi perniagaan tersebut melalui facebook pages.

Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Pada masa ini, beliau sangat sibuk menguruskan proses pengeposan produk Daura ini kerana terdapat juga pelanggan yang tinggal di luar negeri yang berminat dengan produk beliau.

 

NORATIKAH