Nama : Awang Bin Dollah          

Umur : 72 tahun

Ahli    : 2020

 

Latar belakang

Awang Bin Dollah berumur 72 tahun menetap di Kampung Kuala Rekang, Repek, 16310, Bachok, Kelantan. Beliau merupakan seorang pengusaha makanan ringan. Produk keluaran Aza Best adalah seperti kerepek bawang, kuih ros, kuih Loyang, rempeyek, gegetas, dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan, beliau hanya menjual produk kerepek ini hanya kepada kawasan terdekat dan di sekitar kawasan kejiranan di kampung sahaja. Pendapatan pada masa itu pun tidak menentu. Selain itu juga, orang ramai masih belum mengetahui perniagaan beliau disebabkan kurangnya promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di Pusat Internet Melawi beliau telah banyak bertanya pengurus dan penolong pengurus mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan PI Melawi telah memberi cadangan kepada beliau supaya mempromosi perniagaan tersebut melalui facebook dan juga facebook pages.

Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Pada masa ini, produk beliau juga telah mendapat pensijilan halal dari JAKIM. Beliau dan pekerja sangat sibuk menguruskan proses pengeluaran dan pengeposan produk kerepek ini kerana terdapat juga pelanggan yang tinggal di luar negeri yang berminat dengan produk beliau.

        Aza Best Kerepek