Usahawan Produk Kesihatan

Nama : Nor Mastura Binti Mohd Saari
Umur : 31 tahun                                     
Ahli    : 2020                                         

 Latar belakang

Nor Mastura Binti Mohd Saari, berasal dari kampong Pantai Melawi, Bachok Kelantan. Beliau berumur 31 tahun dan merupakan seorang ibu kepada empat cahaya mata. Beliau memulakan perniagaan menjual barangan produk kesihatan pada tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada awal perniagaan, beliau menjalankan perniagaan secara mengambil tempahan produk dari pelanggan dahulu.Beliau tidak menyimpan stok barang sendiri. Pada masa itu, beliau kurang mahir dalam bidang ICT untuk promosi perniagaan tersebut secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti beberapa kelas yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Melawi, beliau kini sudah boleh memanfaatkan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Komuniti Melawi dan mempelajari mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut . Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Pada masa ini, beliau telah mempunyai stok tersedia yang banyak untuk pelanggan beliau.

      nor mastura