Tarikh     :   19 Jun 2023

 Masa       :   2:30 PM - 3.30 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengikuti Modul Asas Keusahawanan - Tips Pengurusan Sumber Manusia bagi IKS.

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengikuti kelas online Modul Asas Keusahawanan - Tips Pengurusan Sumber Manusia bagi IKS . Peserta juga di ajar cara-cara untuk menguruskan pekerja dalam sesebuah syarikat. Peserta di dedahkan dengan proses pengambilan pekerja dari awal membuka jawatan kosong sehingga pemilihan dan penawaran kerja. Peserta juga diberi peluang bertanya dalam sesi soal jawab di akhir sesi modul.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   17 Jun 2023

 Masa       :   2.00 PM - 4.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :  2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk belajar berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan cara mendaftar dan mengisi maklumat produk dalam akaun shopee. Peserta juga di ajar cara-cara untuk mengambil gambar produk dengan sisi yang betul dan memuat naik gambar produk ke dalam akaun masing- masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat seperti nombor akaun bank ke dalam talian secara mudah dan selamat.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    12 Jun 2023

 Masa       :   2.00 PM - 4.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang zakat secara online dalam sistem e-agihan MAIK. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan bantuan zakat dalam laman rasmi e-agihan MAIK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti semakan kelayakan, maklumat pendapatan dan juga maklumat tanggungan pemohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan pengesahan imam dan untuk tujuan penghantaran pada MAIK.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    15 Jun 2023

 Masa       :   10:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi borang pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2024/2025 secara online. 

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan pendaftaran tahun 1  bagi sesi 2024/2025 di dalam sistem yang terbaru iaitu IDME. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem  seperti maklumat murid, ibu bapa,maklumat kesihatan, pendapatan keluarga dan maklumat sekolah yang dipohon. Peserta juga mencetak borang yang di isi, berserta senarai semakan untuk tujuan penghantaran pada sekolah yang di mohon dan sebagai rujukan.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    10 Jun 2023

 Masa       :   04:00 PM - 06.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   6 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dalam bentuk Animasi 3D.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah yang berdaftar sebagai ahli di PEDi Melawi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas ICT dan mempelajari cara-cara mereka Animasi dalam bentuk 3D menggunakan microsoft office word. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat sebagai simpanan peserta.

Gambar Disini.