Tarikh     :    26 Ogos 2023

 Masa       :   10:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan membuat poster Kemerdekaan.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft office word untuk membuat poster bertemakan kemerdekaan bersempena bulan kemerdekaan dan juga bagi membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga diajar untuk menaip, membuat pilihan gambar dan grafik bersesuaian bagi tujuan pembelajaran. 

Gambar Disini.

Tarikh     :    25 Ogos 2023

 Masa       :   10:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas membuat carta dan jadual menggunakan microsoft office excel.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft office excel untuk tujuan belajar dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga diajar untuk menaip, membuat carta dan jadual dan membuat column bersesuaian bagi tujuan pembelajaran. 

Gambar Disini.

 Tarikh     :    23 Ogos 2023

 Masa       :   4:00 PM - 5:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk melayari youtube for kids dan youtube. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dalam melayari sesawang media digital seperti youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube dan di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   24 Ogos 2023

 Masa       :   10:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengikuti kelas online Cakna Gaya Hidup - Pengurusan Kewangan Peribadi.

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengikuti kelas online yang dianjurkan MSD di PEDi Melawi. Peserta diberikan taklimat mengenai cara yang bijak dalam menguruskan kewangan dan juga beberapa tips dalam mendisiplinkan diri untuk berbelanja keperluan dan kehendak masing-masing untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Peserta juga diberi peluang bertanya dalam sesi soal jawab di akhir sesi kelas.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   21 Ogos 2023

 Masa       :   3.00 PM - 5.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta yang berniaga online menggunakan platform e-dagang SHOPEE, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta hadir untuk menggunakan kemudahan internet bagi mempelajari cara untuk mendaftar shopee ads. Peserta merupakan peniaga online dan telah memulakan perniagaan online melalui platform shopee beberapa bulan yang lalu melalui kelas yang di jalankan di PEDi Melawi. Peserta mendaftar shopee ads dan diberi bimbingan oleh staff PEDi dalam pemilihan objektif iklan dan juga pemilihan audience targetting yang sesuai.

Gambar Disini.