Tarikh     :    11 Disember 2023

 Masa       :   3:00 PM - 4:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk membuat permohonan rumah mesra rakyat secara dalam talian.

Aktiviti

Peserta hadir untuk membuat permohonan rumah mesra rakyat secara online. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dalam memuat naik dokumen yang diperlukan ke dalam laman web tersebut.

Gambar Disini.W

 Tarikh     :    9 Disember 2023

 Masa       :   10:00 AM - 11.30 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   7 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dalam bentuk Animasi 3D.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah yang berdaftar sebagai ahli di PEDi Melawi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas ICT dan mempelajari cara-cara membuat Animasi dalam bentuk 3D menggunakan microsoft office word. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat sebagai simpanan peserta.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   8 Disember 2023

 Masa       :   4.00 PM - 6.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta yang berniaga online menggunakan platform e-dagang TikTok, untuk memasarkan produk mereka.

Aktiviti

Peserta hadir untuk menggunakan kemudahan internet bagi mempelajari cara untuk mendaftar tiktok ads. Peserta merupakan peniaga online dan telah memulakan perniagaan online melalui platform tiktok beberapa bulan yang lalu melalui kelas yang di jalankan di PEDi Melawi. Peserta mendaftar tiktok ads dan diberi bimbingan oleh staff PEDi dalam pemilihan objektif iklan dan juga pemilihan audience targetting yang sesuai.

 Masa       :   10:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan 3D Hologram Projektor. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta 3D Hologram Projektor menggunakan kertas a4, kertas lutsinar,  gunting dan soletip. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat 3D Hologram Projektor.  

Gambar Disini.