Tarikh     :   14-16 November 2023

 Masa       :   9:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :  PEDi Melawi 

 Peserta   :  10 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta yang akan menempuh alam pekerjaan untuk mempelajari aplikasi canva untuk membuat resume secara lengkap dan beberapa template lain untuk tugasan projek pembelajaran mereka.

Peserta yang hadir merupakan pelatih di Pusat Giat Mara Bachok. Peserta diberikan taklimat mengenai Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) dan didedahkan dengan modul pembelajaran mengenai aplikasi Canva. Peserta diberikan tempoh masa selepas taklimat untuk membuat sendiri resume dan berbagai jenis template lain untuk tugasasan projek pembelajaran mereka. Peserta juga diajar cara-cara untuk menyediakan video bagi projek akhir pembelajaran mereka di Giat Mara. 

Gambar Disini.

 Tarikh     :    11 November 2023

 Masa       :   9:30 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website wordwall. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara-cara yang betul dalam melayari sesawang media digital seperti youtube dan juga google search. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google seperti website wordwall untuk tujuan pembelajaran online. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   5 November 2023

 Masa       :   9:30 AM - 11.30 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari aplikasi Canva untuk kegunaan bagi promosi perniagaan.

Aktiviti

Peserta yang hadir merupakan usahawan Pusat Komuniti Desa Alor Jeringau Bachok. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan canva dan menggunakan capaian internet untuk tujuan membuat poster bagi perniagaan masing-masing.  Peserta juga diberi bimbingan dalam membuat poster dan iklan yang padat dan ringkas untuk dijadikan sebagai satu bahan promosi produk mereka. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    10 November 2023

 Masa       :   9:30 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk melayari sesawang youtube for kids dan youtube. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dalam melayari sesawang media digital seperti youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube dan di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan yang harus dititikberatkan dalam melayari internet.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    4 November 2023

 Masa       :   10:00 AM - 11.30 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   7 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mendaftar akaun g-mail bagi kegunaan peribadi.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan berkaitan internet, enjin carian, pengenalan dalam membina akaun gmail dan kelebihannya. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan juga dibimbing dalam menggunakan gmail sebagai platform untuk berhubung dan sebagai tempat meyimpan dokumen secara atas talian.

Gambar Disini.