Tarikh     :    13 Oktober 2023

 Masa       :   10:00 AM - 11:30 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   6 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website wordwall. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara-cara yang betul dalam melayari sesawang media digital seperti youtube dan juga google search. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google seperti website wordwall untuk tujuan pembelajaran online. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    11 Oktober 2023

 Masa       :   3:00 PM - 4.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari aplikasi Canva untuk menyiapkan resume.

Aktiviti

Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan canva dan menggunakan capaian internet untuk tujuan mencari kerja dan membuat resume. Peserta juga diberi bimbingan dalam membuat resume yang padat dan ringkas untuk dihantar pada majikan. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

Tarikh     :    7 Oktober 2023

 Masa       :   9:30 AM - 11:00 AM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk menghadiri kelas rekacipta (STEM) untuk menghasilkan botol sifir. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta menghadiri kelas rekacipta STEM untuk mengasah minda dalam mencipta botol sifir menggunakan botol air mineral terpakai, kertas, gam, gunting dan soletip. Pelajar diberi taklimat mengenai pendidikan STEM yang mana menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal. Peserta diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman youtube untuk dijadikan contoh bagi mereka untuk membuat botol sifir.  

Gambar Disini.

 Tarikh     :    7 Oktober 2023

 Masa       :   11:00 AM - 12.30 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dalam bentuk Animasi 3D.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah yang berdaftar sebagai ahli di PEDi Melawi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas ICT dan mempelajari cara-cara mereka Animasi dalam bentuk 3D menggunakan microsoft office word. Peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat sebagai simpanan peserta.

Gambar Disini.

Tarikh       :   6 Oktober 2023

 Masa       :   10:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   6 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas microsoft word dan membuat biodata diri / resume. 

Aktiviti 

Peserta hadir untuk mempelajari asas dalam membuat biodata diri/resume.Tunjuk ajar diberikan oleh pengurus pusat internet dalam menggunakan microsoft word untuk membuat resume yang ringkas dan padat. Peserta juga mencetak hasil kerja untuk tujuan rujukan masa akan datang. 

Gambar Disini