Tarikh     :    5 September 2023

 Masa       :   2:00 PM - 4.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   3 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mengisi permohonan jawatan kosong dalam laman rasmi JOBS UMK.

Aktiviti

Peserta hadir untuk mengisi permohonan jawatan kosong dalam UMK secara atas talian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem seperti maklumat peribadi dan juga keputusan peperiksaan. Peserta juga diajar untuk membuat bayaran secara atas talian untuk borang yang di isi sebanyak rm10. Peserta mencetak borang yang di isi, berserta resit bayaran untuk tujuan simpanan dan rujukan peserta.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    2 September 2023

 Masa       :   10:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   5 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas ICT dan juga pembelajaran secara digital menggunakan website Pembelajaran Digipuzzle. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari permainan pendidikan secara online. Peserta juga diberi bimbingan dalam menggunakan aplikasi carian dalam laman google seperti website digipuzzle untuk tujuan pembelajaran secara online. Peserta juga di berikan sedikit taklimat mengenai keselamatan dalam melayari internet.

Gambar Disini.

 Tarikh     :   30 Ogos  2023

 Masa       :   10:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas pengenalan kepada komputer.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah dan mereka hadir ke PEDi untuk mempelajari asas pengenalan kepada komputer. Peserta di perkenalkan dengan peralatan komputer dan cara menggunakannya. Peserta juga di ajar untuk membuka beberapa aplikasi  seperti microsoft office word.. Peserta juga diberikan taklimat KDB.

Gambar Disini..

 Tarikh     :    1 September 2023

 Masa       :   10:00 AM - 12.00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari asas menaip menggunakan microsoft office word.

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah di kawasan sekitar PEDi. Peserta hadir ke PEDi Melawi untuk mempelajari asas penggunaan microsoft word untuk tujuan belajar menaip dan membiasakan diri dengan peralatan komputer. Peserta juga di ajar untuk menaip surat rasmi. Pada akhir kelas, peserta juga mencetak hasil kerja yang dibuat untuk tujuan rujukan.

Gambar Disini.

 Tarikh     :    28 Ogos 2023

 Masa       :   11:00 AM - 12:00 PM      

 Lokasi     :   PEDi Melawi 

 Peserta   :   4 Orang

 

Tujuan

Memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari cara-cara memuat turun video dari youtube. 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah dan juga ahli yang berdaftar di PEDi Melawi. Peserta hadir untuk mempelajari cara cara yang betul dan cepat untuk memuat turun video dari youtube. Peserta juga diberi bimbingan dalam mendapatkan link dan menggunakan aplikasi yang sesuai dan selamat dari sebarang iklan berbayar.

Gambar Disini.