Usahawan Online (Barangan Kesihatan)

Nama : Nur Zawana Yasirah Yaacob
Umur : 23 tahun                                 
Ahli    : 2016                                        

 

Latar belakang

Nur Zawana Yasirah Yaacob berumur 23 tahun menetap di Kg Cbg 3 Melawi 16310 Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang usahawan online dan menjual pelbagai jenis barang secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan, beliau hanya mempamerkan semua jenis barang dikedai beliau sahaja. Hanya orang ramai yang melalui hadapan kedai akan melihat barang yang beliau jual. Selain itu juga, orang ramai masih belum mengetahui perniagaan beliau.disebabkan kurangnya promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di Pusat Internet Melawi beliau telah banyak bertanya pengurus dan penolong pengurus mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan PI Melawi telah memberi cadangan kepada beliau supaya mempromosikan perniagaan tersebut melalui facebook pages dan juga Instagram.Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

       zawana yaacob

Nama : Awang Bin Dollah          

Umur : 72 tahun

Ahli    : 2020

 

Latar belakang

Awang Bin Dollah berumur 72 tahun menetap di Kampung Kuala Rekang, Repek, 16310, Bachok, Kelantan. Beliau merupakan seorang pengusaha makanan ringan. Produk keluaran Aza Best adalah seperti kerepek bawang, kuih ros, kuih Loyang, rempeyek, gegetas, dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan, beliau hanya menjual produk kerepek ini hanya kepada kawasan terdekat dan di sekitar kawasan kejiranan di kampung sahaja. Pendapatan pada masa itu pun tidak menentu. Selain itu juga, orang ramai masih belum mengetahui perniagaan beliau disebabkan kurangnya promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di Pusat Internet Melawi beliau telah banyak bertanya pengurus dan penolong pengurus mengenai cara – cara memasarkan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan PI Melawi telah memberi cadangan kepada beliau supaya mempromosi perniagaan tersebut melalui facebook dan juga facebook pages.

Perniagaan beliau kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Pada masa ini, produk beliau juga telah mendapat pensijilan halal dari JAKIM. Beliau dan pekerja sangat sibuk menguruskan proses pengeluaran dan pengeposan produk kerepek ini kerana terdapat juga pelanggan yang tinggal di luar negeri yang berminat dengan produk beliau.

        Aza Best Kerepek

 

Nama : Mohamad Bin Awang   

Umur : 66 tahun

Ahli    : 2019

 

Latar belakang

Mohamad Bin Awang berumur 66 tahun dan tinggal di Kampung Sungai Dua, Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pengusaha resort yang diberi nama Sri Perkasa Chalet yang terletak bersebelahan dengan kediaman beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula pada tahun 2010, awal perniagaan beliau tidak begitu memberansangkan kerana kurang sambutan dari orang ramai. Selain itu juga, orang luar tidak mengetahui tentang kewujudan chalet beliau kerana tiada sumber maklumat untuk di cari oleh ramai .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di pusat internet melawi, beliau banyak mempelajari cara mempromosikan chalet beliau di atas talian. Beliau membuat facebook page dan memasukkan semua aktiviti yang di adakan di chalet beliau. Selepas itu orang yang mengikuti facebook page beliau juga boleh melihat keindahan suasana persekitaran chalet yang cantik. Dan ini menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan bandar tertarik untuk datang bercuti di chalet beliau. Pendapatan beliau juga semakin bertambah terutama pada musim cuti sekolah. 

 

      pantai perkasa

Nama : Mohd Adam Syahmi Bin Abdullah   

Umur : 9 tahun

Ahli    : 2020

 

Latar belakang

Mohd Adam Syahmi Bin Abdullah yang berumur 9 tahun merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Badak Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar yang tidak mehir dengan peralatan komputer. Tetapi dengan semngat yang kuat dan azam yang tinggi kini beliau mahir menggunakan peralatan komputer. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini Mohd Adam Syahmi merupakan seorang yang tidak mahir dalam bidang ICT, dan beliau juga tidak pandai menggunakan peralatan ICT seperti Mouse, Keyboard dan juga perisian dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari pentingnya ICT dalam kehidupan, Ibubapa beliau telah datang ke Pusat Internet Melawi untuk mendaftarkan beliau sebagai seorang ahli di Pusat Internet. Melalui kelas asas komputer yang di bimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Melawi, kini beliau sudah mahir dalam menggunakan peralatan ICT. Beliau kini sudah pandai berdikari dengan sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan komputer.

 

            IMG 2367

 

Nama : Nuraliya Natasha Binti Abdullah

Umur : 8 Tahun

Ahli : 2020 

 

 

Latar belakang 

Nuraliya Natasha Abdullah yang berumur 8 Tahun merupakan seorang pelajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Tangok Bachok Kelantan. Beliau merupakan seorang pelajar yang sudah pandai menggunakan peralatan ICT yang terdapat di Pusat Internet Melawi. 

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI 

Sebelum ini Nuraliya Natasha Abdullah merupakan seorang yang tidak mahir dalam bidang ICT, dan beliau juga tidak pandai menggunakan peralatan komputer seperti Mouse, Keyboard dan juga perisian dalam komputer. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI 

Menyedari pentingnya ict dalam kehidupan ibu beliau telah datang ke Pusat Internet Melawi untuk mendaftarkan beliau sebagai ahli .Melalui kelas asas komputer yang di bimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Melawi, kini beliau sudah mahir menggunakan peralatan ICT dan mampu menaip menggunakan Microsoft Office Word dengan baik.

 

IMG 2404